- Doa perempuan lebih
makbul daripada lelaki kerana sifat penyayang yang lebih kuat daripada
lelaki. Ketika ditanya kepada Rasulullah akan hal tersebut, jawab baginda,
"Ibu lebih penyayang daripada bapa dan doa orang yang penyayang tidak
akan sia-sia".
- Apabila seseorang perempuan mengandung janin dalam
rahimnya, maka beristighfarlah para malaikat untuknya.Allah mencatatkan
baginya setiap hari dengan 1,000 kebajikan dan menghapuskan darinya 1,000
kejahatan.
- Apabila seseorang perempuan mengandung janin dalam
rahimnya, maka beristighfarlah para malaikat untuknya.Allah mencatatkan
baginya setiap hari dengan 1,000 kebajikan dan menghapuskan darinya 1,000
kejahatan.
- Apabila seseorang
perempuan mulai sakit hendak bersalin, maka Allah mencatatkan baginya
pahala orang yang berjihad pada jalan Allah.
- Apabila seseorang
perempuan melahirkan anak, keluarlah dia dari dosa-dosa seperti keadaan
ibunya melahirkannya.
- Apabila telah lahir
anak lalu disusui, maka bagi ibu itu setiap satu tegukan daripada susunya
diberi satu kebajikan.
- Apabila semalaman ibu
tidak tidur dan memelihara anaknya yang sakit, maka Allah memberinya
pahala seperti memerdekakan 70 hamba dengan ikhlas untuk membela agama
Allah.
- Barangsiapa yang
menggembirakan anak perempuannya, darjatnya seumpama orang yang sentiasa
menangis kerana takutkan Allah dan orang yang takutkan Allah, akan
diharamkan api neraka ke atas tubuhnya.
- Barangsiapa membawa
hadiah, (barang makanan dari pasar ke rumah lalu diberikan kepada
keluarganya, maka pahalanya seperti bersedekah. Hendaklah mendahulukan
anak perempuan daripada anak lelaki. Maka barangsiapa yang menyukakan anak
perempuan seolah-olah dia memerdekakan anak Nabi Ismail.
- Tiap perempuan yang
menolong suaminya dalam urusan agama, maka Allah memasukkan dia ke dalam
syurga lebih dahulu daripada suaminya (10,000 tahun).
- Perempuan apabila
sembahyang lima waktu, puasa bulan Ramadhan, memelihara kehormatannya
serta taat akan suaminya, masuklah dia dari pintu syurga mana sahaja yang
dikehendaki.
- Wanita yang solehah
(baik) itu lebih baik daripada 1,000 lelaki yang soleh.
- Aisyah berkata,
"Aku bertanya kepada Rasulullah, siapakah yang lebih besar haknya
terhadap wanita? Jawab rasulullah, "Suaminya. "Siapa pula berhak
terhadap lelaki?" Jawab Rasulullah, "Ibunya".
- Wanita yang taat
berkhidmat kepada suaminya akan tertutup
- pintu-pintu neraka dan
terbuka pintu-pintu syurga. Masuklah dari mana-mana pintu yang dia
kehendaki dengan tidak dihisab.
- Syurga itu di bawah
tapak kaki ibu.
- Wanita yang tinggal
bersama anak-anaknya akan tinggal bersama aku (Nabi s.a.w) di dalam
syurga.
- Barangsiapa mempunyai
tiga anak perempuan atau tiga saudara perempuan atau dua anak perempuan
atau dua saudara perempuan lalu dia bersikap ihsan dalam pergaulan dengan
mereka dan mendidik mereka dengan penuh rasa takwa serta bertanggungjawab,
maka baginya syurga.
- Daripada Aisyah r.a.
Barangsiapa yang diuji dengan sesuatu daripada anak-anak perempuan lalu
dia berbuat baik kepada mereka, maka mereka akan menjadi penghalang
baginya daripada api neraka.
- “Barangsiapa mempunyai
harta yang banyak, akan lama hisabnya pada hari Akhirat.” Imam Ahmad bin Hambal
0 komentar:
Posting Komentar